Hm..terlalu awl rasanya nk bercerita mengenai baitul muslim.. Terutama bg org yg tidak berpengalaman cm saya ni. Tp umur di awal 20-an ni la nk menyelami mengenai baitul muslim. Kalau ditakdirkn Allah, jodoh saya awl x ke kelam kabut dibuatnye..hehe
Tak layak rasanye diri ni nk bercerita panjang lebar, cume saya sedikit terkilan apabila melihat institusi2 rumah tangga yg dibina pada zaman ni. Bermacam2 hal yg berlaku agak membimbangkan diri ni dan mungkin juga semua yg berada di luar sana. Mungkin disebabkn ini jgklah, org semakin takut untuk berkahwin.
Hari2 ada saje berita yg melibatkn rumah tangga, kalau bce metro la.. Dgn isteri yg curang, suami yang curang, anak yg didera, isteri yang digantung xbertali (tinggal tanpa nafkah dan tidak pula dicerai), suami pukul isteri, isteri pukul suami, talak selepas beberapa hari kahwin, ceraikan isteri semasa isteri hamil dan lain2 lagi..
Kalau zaman dulu, rumah tangga kekal sehingga nyawa berpisah dari tubuh, tp zaman serba moden ni, rumah tangga dah kucar kacir.. Anak2 menjadi mangsa, sehingga dibiarkan tanpa asuhan yg betul dr ibu bapa..Anak2 menjadi liar, terlibat dengan masalah sosial kerana kurang kasih sayang.. Aduh..kesian saudara seislam dgn kita ni..Kalau di Palestin, remaja ditembak dan dipukul, mereka syahid menemui syurga Allah.. tapi di negara kita, remaja dibuai dgn keenakan dunia yg sementara, dadah, zina, rempit, kelab malam, arak menjadi teman mereka.
yang mana lg kesian? remaja kita lg kesian kan..terlalu lalai dgn dunia..semuanya bermula dgn baitul muslim.. Bermula dgn menjadi remaja yg soleh dan solehah, berilmu, bejiwa kental, berakhlak, berfikiran kreatif, tidak membuang masa dan yang paling penting memantapkan ilmu agama dan hanya bergantung harap kepada Allah s.w.t..
kemudian, berlaku pemilihan calon suami dan isteri yg seperti dinyatakan di atas, pernikahan antara dua insan yg hanya mengharapkan redha dr Allah s.w.t.. Tidak berlaku sebarang kucar kacir dalam rumah tangga, kerana masing2 percaya dgn terikatnya mereka dgn tali ijab dan qabul ni, mereka mempunyai tanggungjawab masing2 yg perlu dilaksanakan.. tanggungjawab yang perlu ditanggung di dunia dan dijawab di akhirat jika mereka melanggarnya.
cukup saja dgn perkara tersebut, mereka melahirkan individu yg berkualiti, berkualiti untuk agama, bangsa dan negara. Kesimpulannya, Allah sudah menyediakan garis panduan yg baik, untuk seseorang individu memilih calon isteri dan calon suami, Allah juga telah menetapkan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang isteri dan seorang suami serta Allah juga telah menyediakan contoh yang terbaik untuk kita contohi iaitu Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..Allahuakbar2x..Sesungguhnya Allah telah menyediakan yang terbaik untuk kita.
Jadi, fikirlah masak2 sebelum membuat sesuatu keputusan, ikutlah garis panduan yang telah Allah tetapkan. Jangan sesekali kita melanggarnya kerana akhirnya kita yang menerima padahnya..Semoga rumah tangga yang dibina diredhai Allah di dunia dan di akhirat.
0 comments:
Post a Comment