Kata-kata kepada tindakan

Dulu aku pernah post pasal tulis diari, tapi aku tetap tertunggu-tunggu, bilakah aku akan bertindak, kalau setakat cakap tu semua orang pun boleh. Sehinggalah semalam, aku pun menulis catatan diari ku yang pertama (dulu pernah jugak tulis tapi tak kira la). Dulu cakap semangat, tapi lepas 2 bulan baru nak start..haha..

Kerja-kerja IRCCarnival pun berjalan lancar setakat ni, harapnya lancar sampai la hari kejadian nanti. Nanti ada presentation night pulak, mesti sibuk habis lepas ni:-(

Kembali ke UTP

Lama jugak rasanya aku tak menulis kat blog ni, bukan sengaja tapi disebabkan kekangan tertentu. Kalau kat hostel, boleh la online 24/7, tapi kalau kat rumah tu susah sikit la. Memandangkan sekarang ni aku tengah buat kerja kat utP ni, boleh la menulis sikit2. Mula-mula tu aku rasa berat jugak nak datang awal sebab cuti kejap je, dah la ada banyak benda yang aku rasa aku perlu selesaikan kat rumah tu, tapi bila dah balik sini, aku rasa bagus jugak, banyak benda yang boleh aku belajar. Dari aku berterusan rasa berat hati, baik aku tumpukan perhatian aku buat kerja, lagi bagus.

Majulah IRC untuk UTP:-)