sumber cintakan Allah

Cinta yg diilhamkan Allah terus ke hati, itulah cinta yg benar lagi suci.
Cintanya tidak dinilai dgn mata sendiri. Namun dilirik daripada pndgn Allah. Cintanya hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

Cinta mereka terhasil daripada cinta terhadap Allah. Malah cinta mereka tidak langsung diselitkan dengan nafsu. Hubungan cinta begini berasaskan kasih syg tnpa mengira jantina dan peringkat umur.

Cinta begini blh berlaku antara pemimpin dan rakyat, ibu dan bapa kpd anak2nya. Begitu juga sesama sahabat. Menjiwai apa yg dinikmati saudara masing2. Hubungan mereka tidak mengandungi unsur yg menyalahi syariat Allah. jika berlaku cinta antara lelaki dan permpuan yg belum dinikahi, hubungan cinta mereka dijaga agar tidak melanggar hukum hakam agama.

Antar keduanya, masing2 memastikan tiada tindakan yg dilakukan bertentangan dengan perintah Allah. Malah pergaulan mereka juga sentiasa dibatasi dengan syariat yg ditetapkan. Keberkatan mengiringi mereka.

Begitu juga cinta suami isteri. Cinta yg bersumberkan Allah pastinya menyinari kehidupan mereka. Keberkatan dalam berumahtangga serta rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan mereka.

Aduhai, nikmatnya kehidupan mereka apabila Allah menjadi sandaran. Tiada kekhuatiran bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

i love this story=)

0 comments: