Pejam dan Celik

Akhirnya 2010 menjelang selepas 2009 meninggalkan kita. Rasa macam pelik je sebab tahun baru masihi post sesuatu, tapi tahun baru hijrah hari tu tah tulis pape pun..haha..

Masa seakan berlalu begitu pantas seolah tahun 2009 berlalu begitu cepat. Ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin bertambah, tapi ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin berkurang!! Sebenarnya ayat tersebut tidak sekali-kali membawa maksud kita semakin muda, tapi membawa maksud tempoh masa kita hidup semakin berkurang dan semakin menghampiri kematian. Memang kita tidak mengetahui waktu kematian, tetapi yang pasti, kematian itu sentiasa menghampiri kita, dekat dan semakin dekat.

Dalam kita menyedari akan hakikat tersebut, apakah kita terfikir untuk muhasabah diri kita semula dengan menyedari akan kesalahan dan kekurangan diri kita. Ketika masih ada kesempatan dan waktu, fikirlah, rancanglah, gunakanlah sebaiknya saki-baki usia kita yang masih tersisa dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Moga kita bersama mendapat manfaat.

0 comments: