Abis aje presentation, mesti perut rasa lapar dan kitorang akan pergi makan. Aku sebenarnya dah tak nak dah makan malam-malam ni, tapi bila perut dah rasa lapar nak buat macam mana kan. Waktu petang tu, punya la tanam semangat tak nak keluar makan lepas presentation, tapi akhirnya aku keluar jugak ikut diorang -perut lapar.
Macam mana aku nak kuruskan badan ni????
Ahli baru yang aku maksudkan ini bukanlah ahli kelab atau persatuan, tapi ahli keluarga aku iaitu kelahiran anak sulung abang aku yang nombor tiga. Bukan main happy lagi diorang ni dapt ahli baru -aku pun happy jugak. Sebelum ni ada sorang je anak saudara, harap-harap kedatangan orang baru ni dapat menceriakan lagi suasana:-)
Akhirnya 2010 menjelang selepas 2009 meninggalkan kita. Rasa macam pelik je sebab tahun baru masihi post sesuatu, tapi tahun baru hijrah hari tu tah tulis pape pun..haha..
Masa seakan berlalu begitu pantas seolah tahun 2009 berlalu begitu cepat. Ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin bertambah, tapi ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin berkurang!! Sebenarnya ayat tersebut tidak sekali-kali membawa maksud kita semakin muda, tapi membawa maksud tempoh masa kita hidup semakin berkurang dan semakin menghampiri kematian. Memang kita tidak mengetahui waktu kematian, tetapi yang pasti, kematian itu sentiasa menghampiri kita, dekat dan semakin dekat.
Dalam kita menyedari akan hakikat tersebut, apakah kita terfikir untuk muhasabah diri kita semula dengan menyedari akan kesalahan dan kekurangan diri kita. Ketika masih ada kesempatan dan waktu, fikirlah, rancanglah, gunakanlah sebaiknya saki-baki usia kita yang masih tersisa dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Moga kita bersama mendapat manfaat.