Diari

Supaya kata2 aku dalam post rebranding yang lepas tak jadi cakap kosong, aku kuatkan semangat untuk menulis, walaupun dalam fikiran ni langsung tak terlintas apa2 idea.

Sejak dua menjak ni aku ada tengok satu cerita omputeh ni, tajuk "vampire diaries". Tibe2 terfikir pasal menulis diari. Bila difikirkan, penting jugak tulis diari ni. Bukan sentimental ke apa, tapi macam dialog dalam cerita tu, "you know, memory is important". Secara logik kita memang tak boleh nak ingat sume benda, salah satu cara nak atasi adalah tulis diari.

Ada orang cakap perkara yang dah lepas tu lupakan je, tapi aku rasa kita kena ingat jugak, tak kira perkara tu baik atau buruk. Sebab yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Lagipun ada hadis Rasulullah yang aku tak ingat matannya, tapi maksudnya lebih kurang berbunyi "orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali dari lubang yang sama". Kalau nak tahu sebab wurud hadis tu nantilah, panjang pulak nak tulis. Jadi maksudnya kita tidak boleh melakukan kesalahan yang sama 2 kali, apatah lagi berterusan. Untuk elakkan perkara ni, kita kenalah ingat apa yang telah kita lakukan.

Apatah lagi kalau perkara tu parkara yang baik. Itu adalah nikmat yang Allah berikan dan wajib kita syukuri. Supaya kita tak lupa pada nikmat yang Allah berikan tu, catatlah.

Jadi, menulis diari ni pada fikiran akulah, sesuatu yang bagus. Hmm..tibe2 rasa semangat nak tulis diari nih..huhu..


Larian UTP



Rebranding

Penjenamaan semula..

Begitu lah bunyinya dalam bahasa melayu. Memandangkan penjenamaan semula ni tidak melibatkan sebarang kos macam 'sure heboh' dulu (dengar kata sampai juta-juta), aku mengambil keputusan untuk menukar wajah blog aku yang aku lihat dulu seakan-akan hidup segan mati tak mahu. Sampai aku sendiri tengok pun rasa malas nak menulis. Sebab itu lah blog aku kosong je dulu, kalu ada pun main copy and paste je. Harap-harap lepas ni, rajin la menulis kat dalam blog ni, kalu tidak baik tak payah buat blog.

Lawak Ahad: Pakar Kaunseling

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunseling menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar kaunseling tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar kaunseling...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar kaunseling tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia terjumpa sekeping surat dari pakar kaunseling tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"