Abu Ubaidah Al Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah merupakan salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa’ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah.
Hadis Nabi mengenai kelebihan Abu Ubaidah;
“Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah.”
“Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah.”
Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau semasa dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid.
0 comments:
Post a Comment