boikot israel; keazaman kita

Sekarang ini hangat diperkatakan tentang peranan kita dalam membantu rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah memboikot produk-produk Israel atau yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Tetapi,cuba fikirkan kemungkinan situasi-situasi seperti ini:

Situasi 1

*Teruk betul isu Palestin-Israel sekarang ni.Apa yang kita boleh buat ya?
-Memang Israel tu angkuh.Kita boleh derma dan doa sajalah untuk rakyat Palestin dari jauh ni.Boikot sekali,biar padan muka diorang! Biar diorang rasakan.
*Boikot?Em,nak boikot apa?Kau tahu produk-produk yang sokong Israel?
-Erk…ha…em..aku pun tak pastilah…
*%&*^&^

Situasi 2

*Nak masak sup sayur ke ? Jangan guna perencah Maggi tu tau.Sekarang dah tersebar,kita kena boikot produk-produk yang sokong Israel.
-Em,yakin ke Maggi tu sokong Israel? Kau dengar dari mana?
*Orang cakap-cakap. Tak tahulah betul ke tak.
-Itulah. Kau ni main dengar saja.Buktinya mana?
*Em….

Situasi 3

*Jom Starbucks..
-Eh,sokong Israel tu.Tak naklah aku.
*Kau ni,dengar sangat cakap orang.Dulu kata Starbucks tu ada letak lemak babi.Sekarang sokong Israel pula.Tak rasa ke orang saja nak jatuhkan Starbucks? Dengkilah tu.
-Logik juga kau cakap tu.Mmmm….ok,jom Starbucks!

Sebelum mengulas lebih panjang, eloklah jika laman web ini dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.Di situ boleh baca bagaimana berjayanya boikot selama ini dalam menghancurkan ekonomi Israel, dan bukti sumbangan produk-produk itu kepada ekonomi Israel jika ada yang ragu-ragu. Sekali lagi, dipersilakan untuk merujuk laman web ini. Boleh tambah sebagai laman web favorite.


Sebenarnya,aku hanya ingin mengulas apa yang penting mengenai boikot ini. Berdasarkan situasi-situasi di atas, jelas menunjukkan usaha boikot kita mungkin hanya setakat di bibir saja,jika tiada pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Tak guna cakap berapi hendak memboikot itu ini,tapi tak tahu apa boikot tu,apa yang perlu diboikot.Betul tak?

Mungkin masih ada yang ragu-ragu akan keberkesanan boikot ini.Ada yang menganggap susah nak hidup jika kita memboikot.Rasa sayang untuk berkorban sedikit masih menebal lagi. Maklumlah, hampir semua barang yang kita gunakan sekarang menyumbang kepada Israel.

Mana boleh hidup sehari tanpa secawan Nescafe?
Budak-budak asrama mana boleh tak makan Maggi?
Seminggu sekali naklah juga menjamah Big Tasty di McD.
Setahun sekali kalau ada duit lebih naklah tukar telefon Nokia yang terbaru.
Penatlah study.Berehat sebentar dengan Kitkat!

…dan senarai ini berterusan…

Tetapi,jika kita menganggap nyawa rakyat Palestin itu adalah lebih berharga, sudah pasti kita mampu lakukannya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Apalah sangat setin CocaCola yang dikorbankan,jika dibandingkan dengan selaut darah rakyat Palestin.
Apalah sangat kecanggihan telefon
Nokia keluaran terbaru diketepikan, jika dibandingkan dengan canggihnya peluru-peluru Israel yang menusuk setiap nyawa rakyat Palestin.
Apalah sangat kesedapan Big Tasty McD dilupakan, jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang mati kebuluran akibat sekatan Israel.

Ya, memang benar. Boikot sudah tentu sukar jika tiada alternatif. Kawan aku ada tulis contoh-contoh produk alternatif bagi menggantikan produk-produk yang diboikot. Sebagai tambahan kepada contoh-contoh alternatif itu, kita mampu meningkatkan ekonomi negara pada masa yang sama.

Misalnya, jika kempunan nak makan biskut Jacob, boleh saja makan biskut Munchy’s, Hup Seng dan Hwa Tai. Jika selama ini kita masak menggunakan perencah Maggi, boleh saja tukar kepada perencah Adabi dan Mak Siti.Sedap juga. Kalau selama ini membeli belah diCarrefour,lupakan saja, kedai runcit di seberang parit mungkin lebih bermakna!

Taklah susah pun nak hidup.Soalnya sekarang, hendak atau tidak saja. Usaha yang kecil, jika dilakukan bersama-sama secara kolektif, pasti akan membuahkan hasil!

Sifirnya bolehlah dianggap begini:

1 lemah lawan 1 kuat—>kalah
10 lemah lawan 1 kuat—>kalah tipis
1000 lemah lawan 1 kuat—>menang
100000000 lemah lawan 1 kuat—>menang yang lebih mudah

‘Lemah’ yang aku maksudkan ialah usaha kita yang kecil,iaitu boikot. Jika boikot itu giat dijalankan,InsyaAllah mata Israel dan Amerika akan terbuka luas.Biar mereka tahu kita bukan kerdil. Biar mereka tahu kita sehati.Biar mereka tahu kita juga bermaruah!

“Boikot? Macam pernah dengar perkataan ini.Tapi di mana ya?”

Sebenarnya, boikot Israel telah lama dilaksanakan.Namun demikian,disebabkan kurangnya kesedaran pentingnya boikot, serta sikap kita yang hanya memboikot mengikut masa, boikot hanyalah tinggal nama saja.Bohong jika kita tak pernah tahu boikot Israel sebelum ini. Satu soalan cepumas, mengapa kita tidak memboikot setelah pertama kali kita mendengar mengenainya dahulu?

Soalan cepumas lain pula. Adakah kita memboikot hanya apabila Palestin hebat diserang? Jika esok tentera Israel berundur dari Gaza, adakah lusa kita berhenti memboikot?

Soalan-soalan itu,hanya diri sendiri yang mampu jawab.Jika hendak berjaya memberikan impak yang besar kepada Zionis itu, kita hendaklah memboikot secara berterusan, dan bukannya mengikut situasi semasa saja.

Johnson&Johnson,selamat tinggal!

Jawapan kepada soalan cepumas pertama, mungkin berkait rapat dengan kurangnya kesedaran kita pada masa itu. Jadi kali ini,jom kita hebohkan pasal boikot ni. Mungkin ramai lagi yang tak tahu di luar sana. Beritahu mak ayah kita.Saudara mara kita.Roommatekita.Kawan-kawan kita.Sesiapa yang berkuasa,edarkanlah risalah mengenai produk-produk ini.Jangan nanti orang tanya nak boikot apa,apa sumbangan kita untuk Palestin,kita ternganga saja. Malu,dan sadis lagi!

Sudahlah kita tidak mampu untuk berperang sama di Palestin itu,hendak memboikot produk-produk itu pun,masih teragak-agak.Malunya diri ini jika sekecil-kecil usaha ini pun tidak dapat kita laksanakan. Bersama-sama usaha yang lain, kita sebenarnya boleh pergi jauh dengan boikot. Sekarang, masih adakah alasan untuk kita berikan, setelah melihat kekejaman demi kekejaman berlaku?

dari kamilsifu

kamilsifu.wordpress.com

0 comments: