Impian Anak Jalanan



Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

By M. Nasir

Aktiviti Masa Intern #1: BBQ


Masa intern dulu, selalu jugak buat aktiviti a.k.a riadah..haha
tapi banyak yang tak amik gambar, rugi pulak rasanye..

Aktiviti 1st kat sana dulu buat BBQ kat rumah lama..agak best jugak la..haha



Masa ni arel tak ada lagi, disebabkan kebosanan yang melampau, kami 7 org (bakhtiar, afiq smaso, aiman, zuhai, zahhar, dan miyuk) merancang untuk buat BBQ kat rumah. Perap ayam tu kami upah Makcik Gigih (kisah Makcik Gigih ni akan diceritakan kemudian), pastu tempah la mihun sikit, beli air dan makanan ringan yang lain, penambah seri orang kata..haha.

Masalah timbul hari nak bakar ayam tu, sume barang lengkap, tapi tak tahu nak bakar atas apa, lupa nak beli jaring besi. Akhirnya kami decide untuk beli pengepit besi yang orang guna untuk bakar ikan. Masa tu dah tak kisah dah, asal boleh bakar. Pastu ada yang cadang cucuk ayam tu kat lidi sate..macam2

Gambar2 yang lain aku post kat sini.

Usia Antara Masa

Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika sesat di perjalanan
Sesat penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu

Artist: Saujana