Tidak dapat dinafikan bahawa muamalah di antara lelaki dan perempuan di dalam hidup ini adalah wujud. Lebih-lagi pada hari ini, situasi persekitaran yang memerlukan kerjasama dua hala di antara lelaki dan perempuan dalam segenap urusan harian. Apa yang lebih utama, keperluan hubungan antara kedua-dua pihak ini dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, dakwah dan ilmu. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan yang beriman saling berkerjasama dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar,maka sudah tentu di sana ada situasi-situasi yang memerlukan mesyuarat, perbincangan, percakapan dan sebagainya.
Dan apa yang harus kita fahami bahawa, walaupun begitu islam telah menetapkan garis panduan yang terperinci untuk menjaga perhubungan ini.Maka,garis panduan inilah yang menentukan sesuatu hubungan itu adakah bertepatan dengan syarak atau pun tidak.
Kalau kita mengkaji garis panduan yang dinyatakan oleh islam, ia menutup segala pintu-pintu yang boleh membawa maksiat.Ia melibat pandangan mata, suara, pakaian (aurat), tujuan perbincangan dan keadaan pergaulan itu berlaku.Merujuk kepada Kitab Al-Fatawa Al-Mu’asoroh oleh Al-Qardhawi, beliau telah menetapkan dhowabit (garis panduan) dalam pergaulan@pertemuan di antara lelaki dan wanita, iaitu :
1. Kedua-dua belah pihak hendaklah sentiasa menundukkan pandangan,tidak memandang aurat dan dengan perasaan syahwat.Firman Allah Swt :
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka.
Bukanlah yang dimaksudkan seperti ayat di atas Islam tidak membenarkan langsung untuk kita memandang dan melihat jantina yang berlawan jenis, akan tetapi hanya sekadar yang perlu sahaja dalam urusan-urusan tertentu. Rasionalnya, kerana pandangan adalah segala-galanya, bak pepatah Melayu “dari mata turun ke hati”. Boleh saja mata ini memberikan ‘isyarat’ kepada hati agar bertindak ke peringkat yang seterusnya.Namun begitu, Islam mengecualikan pandangan secara tidak sengaja. Tetapi apa yang perlu kita buat apabila kita tidak sengaja? Hal ini telah dijawab oleh Rasulullah Saw terhadap soalan Jarir RA, seorang sahabat Nabi Saw yang bertanyakan tentang pandangan yang tidak disengajakan : Sabda Baginda:
اصرف بصركYang bermaksud : Alihkan pandangan kamu
2. Perempuan muslimah pula mestilah sentiasa memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarak yang menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.Juga tidak terlalu nipis dan tidak mengikut bentuk badan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah swt :
Yang bermaksud: Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya Telah disahkan oleh beberapa sahabat, apa yang zahir daripada perhiasan ialah muka dan dua tapak tangan.
3. Sentiasa menjaga adab muslimah,terutama ketika berinteraksi dengan lelaki dari segi :i- Percakapan,tidak melampaui dan menggoda.Sebagaimana firman Allah Swt kepada para isteri Nabi Saw. Dan isteri-isteri Nabi Saw, adalah ikutan terbaik untuk semua wanita di sepanjang zaman dan tempat.يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
Yang bermaksud : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.
ii- Cara berjalan. Firman Allah swt :وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّYang bermaksud: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ
Yang bermaksud : Maka datang kepadanya salah seorang dari keduanya sambil berjalan tersipu-sipu.
Ayat di dalam Surah Al-Qasas ini menceritakan kisah salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib As yang datang untuk menyampaikan jemputan ayahnya kepada Nabi Musa As.Dapat kita lihat, qudwah yang ditunjukkan di dalam kisah anak Nabi Syuaib AS ini, bagaimana apabila berjalan, beliau berjalan dalam keadaan tersipu-sipu dan malu.Bukannya berjalan dalam keadaan sebaliknya, yang langsung tidak sesuai dengan fitrah seorang wanita.
iii- Pergerakan pula janganlah terlalu kasar dan janganlah terlalu lembut yang boleh menggoda.Gerunilah amaran yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam haditnya :صنفان من أهل النار ....ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها لتوجد من مسيرة كذا وكذا
Yang bermaksud : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka…. perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
4. Hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsangkan syahwat seperti bau-bauan, minyak wangi,warna-warna yang menarik yang sepatut di pakai di rumah, bukan di jalanan untuk bertemu dengan lelaki.وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
Yang bermaksud : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu. Yang dimaksudkan dengan تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ disini ialah menzahirkan perhiasan dan kecantikan yang wajib ditutup dan yang boleh mempengaruhi syahwat orang lain…
5. Sentiasa berwaspada,agar lelaki dan wanita tidak berdua-duan tanpa mahram Hadith sohih telah memberi ingatanلا يخلو رجل بامرأة ألا ثلثهما الشيطانYang bermaksud: Tidak berkhalwat seorang lelaki dan perempaun, melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
6.Pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan atas urusan kerja tanpa melampaui sehingga menyebabkan wanita itu lalai dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik generasi.
Walaupun kita lihat di atas,seperti merujuk kepada wanita sahaja,namun lelaki tidak lari dari kemestian menjaga adab-adab yang sama dari sudut pakaian,percakapan,pergerakan dan lain-lain. Justeru, adalah menjadi satu kewajipan untuk seluruh Muslimin dan Muslimat bagi menjaga etika dalam pergaulan sesama kita dan sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan umat Islam hari ini.
Posted by Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad
terjumpa blog ni..sme2 kite muhasabah diri...
Bile kite ckp je pasal dakwah, "eh, tu keje ustaz, ustazah, keje org yg berpendidikan dalam subjek2 agama Islam ni..." owh..jd ape tgs kita sbgai umat islam? sudah terang lg bersuluh, Allah bersabda dalam Quran mengenai tujuan Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah kepada Nya. Menyuruh kpd yg makruf, mencegah kpd yg mungkar..
"eh,cm berat je tgs 2, aku ni xlayak la,blaja kat skola bese je pn"..mcm2 alasan la kite bg.. "aku xbersedia lg ilmu xcukup la, "ak ni byk wat dosa, mane blh wat dakwah ni", "ak ni xsempurna".. smpai bile kita nk sempurna? sampai bile kita nk tggu kita xakan wat dosa? sampai bile kita nk tggu ilmu pnh didada? xkesian ke kat kwn2 kite yg langsung xthu atau terlupa pasal agama..
kita ni ade harapan nk tubuhkan negara Islam mcm zaman Rasulullah, zaman sahabat2 Rasulullah, ape yg kita wat untuk menuju ke arah 2? cukupkah dgn kita kesorang bgn untuk tubuhkan negara islam? xmungkin sekali kan.. jd ape yg kite perlu buat? kita imbau kembali bagaimana Rasulullah mulakn penyebaran Islam..bermulanya dgan pembentukan individu muslim 2 sendiri yg sgt tggi semangat jihadnya, kemudian baitul muslim, masyarakat muslim, negara islam itu tertubuh.
kita semua nk tgk Islam kembali tertegak di bumi Allah ni, jd kita xblh keseorgn, kita perlu berkumpulan..carilah kumpulan yg bersama mahu menegakkn Islam..bermulalah dengan usrah, sama2 kita jaga diri kita daripada anasir2 luar yg sentiasa menarik2 kita dengan keseronokan dunia,.. Dunia hanya sementara, akhirat itu kekal abadi..
sama2lah berdakwah menegakkn Islam..mengmalkn yg Makruf, mgkn mudah tp mencegah yg Mungkar, mgkn sukar jika kita keseorangn, kita perlu berjemaah..Allah bersama2 org yg berjuang di jalannya..Imbau kembali kisah As Syahid Imam Hassan Al Banna..contohilah semangat perjuangn beliau.
Teringat mse sekolah2 dulu, bermula dengan pra sekolah sampai la form 5..Bile habis je cikgu mengajar kite sume bgn dan cakap "terima kasih cikgu", "thank you teacher" dan lebih baik lg kite pergi ke dpn salam dgn cikgu tu..bile teringat balik, betapa kite hormatnya cikgu yg tlh mengajar dan mencurahkan ilmu kpd kite.
Tibe je kat universiti, suasana dh berbeda skali. Lps habis je kls, lecturer ckap, "thank you for listening", thank you for your attention".. eh, bkn kte ke yg lbh layak untuk ckp "thank you" kat lecturer 2.. Aku tgk lecturer berkobar2 bg lecture kat dpn, lps abis je 1 slide lecturer tanye "bisa dibayangkan tak" teringat lecturer aku ni yang berasal dari Indonesia, kdg2 saje bercakap dalam bahasa die..=) smpai die pergi ke tempt duduk student tanye phm ke tak. kite yg x paham ni bkn nk tnye lainlah kalau dah paham.. tp itu xpe lg mgkn malu kan, blh tnye kat luar kelas.
Teringat ak mse lecturer msk kelas, msti student sikit je dalam kelas, ade pegi toilet la, amk angn jap la kat luar dan yang xthu hilang ke mane.. lecturer tnye lg, "nk tggu student lain atau kite nk mulakn dulu". tersentuh ak..baiknye lecturer ni..walaupn riak wajah lecturer tu nmpk cm sdkit kecewa..kecewa dgn student yg xbersemangat untuk belajar sepeti mana bersemangatnya lecturer tu nk mengajar. Mulianya hati seorang lecturer.
Aku tersentuh pula dgn sorg lecturer ni, sgtlah lembut dgn students smpi satu ari 2, die ckp die rase sbb die xpnh mrh, student xserius mse blaja..knp la dgn kite ni? lecturer 2 sgtlah baik tp ramai plak student xdtg kelas die. mgkn la subjek 2 agak susah tp xphm macam mane pn lecture 2, berkat 2 lg penting. jgn la smpai lecturer dpt detect org yg slalu xdtg kelas die 2, dan kalu die xredha dgn ilmu itu ssh kite nk mghafalnya..
lbh memeranjatkan bile ramai sgt xdtg kelas, sbb subjek 2 sng sgt, studi sendiri pn blh kot kan..sampai lecturer amk attendancepnggl sorg2, nk tanda..smpai lecturer agak mse kelas kemalrin pn ade yg tolong tanda tangan attendance kwn die..aduh...student ape kite ni? kesian lecturer prepare dah beberapa hari nk mgajar kite tp kita wat lecturer cm2..
kita ni pnh ke ucap terima kasih kat lecturer? hm...mse nk exam kot..kalu blm pnh lg, same2lah kita fikirkan..nape ssh sgt nk ingat bile blaja ni...mgkn sbb kite xpnh jmpe lecturer tu, die pn xpnh knl kite, mgkn kite xpnh tnya ape2 kat lecturer 2 atau mgkn kite slh sorg yg pnh sakitkn hati lecturer 2..belajalah menghormati lecturer, hormat lecturer, sygkan lecturer. ilmu kite ni sikit je, xsmpai setitik air di lautan pn, ape yg kite nk bggakan..