Ya Rasulullah kami CINTA padamu

terharu perasaan aku tatkala mendgr ceramah yg dismpaikan oleh ustz Tengku Mohd Fouzy.
sgt menarik dan menyentuh hati serta mengukuhkan iman kita..ringkasannya...

mula2 talk,tlh menarik hati aku dgn ayt nie;
"sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat atas nabi s.a.w. Wahai org beriman berselawatlah ats nabi s.a.w dan ucapkan salam penghormatan kepadanya"

tidak ada perintah yang Allah membuatnya dahulu sebelum menyeru kapada org beriman seperti solat,zakat,puasa tapi perintah selawat ke ats nabi s.a.w, Allah juga berselawat ke ats nabi. betapa Allah mengagungkan nabi kte muhammad s.a.w.

seorg sahabt bertanya bagaimana untuk selawat keatas baginda, baginda menjwb
"Ya Allah selawatkan ke atas Muhammad s.a.w" seperti selawat kte hari ni, kerana ape?
kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui darjat Rasulullah untuk berselawat ke ats baginda.

menghina Rasulullah juga adalah salah satu menyebab mjd kufur. dalam surah at-taubah ayat 65-66:

"apakah dgn nama Allah dan ayat2Nya dan RasulNya kamu buat ejek-ejekan? sungguh kamu telah menjd kufur setelah dahulunya beriman."

sabda Rasulullah:
"belum sempurna iman seseorg,sehingga aku terlbh dikasihinya lebih dr ayahnya,anaknya dan manusia lain" ape bukti iman kite tlh sempurna jika selawat ke ats nabi s.a.w pn kte ssh nk buat?

ingtkh kite dgn kisah Nabi Adam meminta taubat setelah dihantr ke dunia, Nabi Adam memohon taubat dgn berkat syafaat Rasulullah s.a.w..krn Allah meletakkn nama Muhammad bersebelah dgn namanya, sesungguhnya Muhammad itu mesti seseorg yg sangat mulia..wlpn tatkala itu nabi Muhammad belum lg lahir ke dunia.

Allah s.w.t telah menciptakan NUR nabi Muhammad s.a.w sebelum dijadikan segala-galanya.

Allah berfirman,"kerana dia (nabi Muhammad)lah Aku jadikan sekelian makhluk..
Subhanallah..krn nabi kte Muhammad s.a.w lah kte ada di dunia ini..
selawat dan salam kpd Rasul junjungan kte.


sama2 kita bykkn selawat ke ats nabi sempena maulidur rasul

SAPE TIRU SAPE NI?


Ada 2 orang kawan, Ali dan Abu, mula-mula dua-dua orang makan nasi guna sudu, pastu suatu hari Ali makan nasi guna tangan dan beberapa hari selepas tu Abu pulak makan nasi guna tangan. Kalau kita tengok kat sini logik la kita cakap Abu yang tiru Ali bukan Ali yang tiru Abu.


Tapi puak2 umngok kat kelantan ni terbalik pulak. Kelantan dah 20 tahun tak buat perarakan masa maulidurrasul tapi buat pengisian2 laen yang lebih berkesan, tiba2 umngok2 ni cakap tok guru pun dah terpengaruh dengan Guan Eng cina tu tak nak buat perarakan. Budak kecik pun akan cakap Guan Eng tu la yang tiru tok guru. Punya la dengki sampaikan nak burukkan tok guru konon tok guru nak gadai islam. Itu pun kalau betol la P.P x buat perarakan. Asal tak cakap pasal negeri2 korang yang tak buat perarakan tu sebab terpengaruh dgn P.P? XD

Lagipun kira bagus la kalu DAP tu nak tiru Kelantan dalam hal2 ni. Aku terbaca pasal ni pun dalam blog orang laen. kat sini. Korang pikir la sendiri.

Semester baru

Inilah dia jadual untuk sem ni, total 18 credit hour. Asalnya aku nak amik french sem ni, tapi clash plak dgn subjek laen, kalu clash satu kelas je boleh lagi nk nego, tapi semua time clash, terpaksa la aku batalkan niat nak amik french..huhu..paling berat aku rase setakat ni control system la, walaupun baru ad 2-3 kali kelas..hm..pape pun, kene usaha lebih lagi dari sebelum ni..kambate!

Something BIG is coming

Gambar baby

Diberi nama Nik Muhammad Zaim,
anak saudara ke-2 aku:-)

Selesai sudah

Setelah 4 malam berlalu, akhirnya tamat jugak waktu presentation night untuk event irc carnival ni, aku bersyukur sangat. Bukan apa, aku bukan tak suka presentation, tapi aku tak suka aktivi selepas presentation..huhu..

Abis aje presentation, mesti perut rasa lapar dan kitorang akan pergi makan. Aku sebenarnya dah tak nak dah makan malam-malam ni, tapi bila perut dah rasa lapar nak buat macam mana kan. Waktu petang tu, punya la tanam semangat tak nak keluar makan lepas presentation, tapi akhirnya aku keluar jugak ikut diorang -perut lapar.

Macam mana aku nak kuruskan badan ni????

Ahli baru:-)

Ahli baru yang aku maksudkan ini bukanlah ahli kelab atau persatuan, tapi ahli keluarga aku iaitu kelahiran anak sulung abang aku yang nombor tiga. Bukan main happy lagi diorang ni dapt ahli baru -aku pun happy jugak. Sebelum ni ada sorang je anak saudara, harap-harap kedatangan orang baru ni dapat menceriakan lagi suasana:-)

Pejam dan Celik

Akhirnya 2010 menjelang selepas 2009 meninggalkan kita. Rasa macam pelik je sebab tahun baru masihi post sesuatu, tapi tahun baru hijrah hari tu tah tulis pape pun..haha..

Masa seakan berlalu begitu pantas seolah tahun 2009 berlalu begitu cepat. Ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin bertambah, tapi ada juga kedengaran suara-suara mengatakan usia kita semakin berkurang!! Sebenarnya ayat tersebut tidak sekali-kali membawa maksud kita semakin muda, tapi membawa maksud tempoh masa kita hidup semakin berkurang dan semakin menghampiri kematian. Memang kita tidak mengetahui waktu kematian, tetapi yang pasti, kematian itu sentiasa menghampiri kita, dekat dan semakin dekat.

Dalam kita menyedari akan hakikat tersebut, apakah kita terfikir untuk muhasabah diri kita semula dengan menyedari akan kesalahan dan kekurangan diri kita. Ketika masih ada kesempatan dan waktu, fikirlah, rancanglah, gunakanlah sebaiknya saki-baki usia kita yang masih tersisa dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Moga kita bersama mendapat manfaat.

Kata-kata kepada tindakan

Dulu aku pernah post pasal tulis diari, tapi aku tetap tertunggu-tunggu, bilakah aku akan bertindak, kalau setakat cakap tu semua orang pun boleh. Sehinggalah semalam, aku pun menulis catatan diari ku yang pertama (dulu pernah jugak tulis tapi tak kira la). Dulu cakap semangat, tapi lepas 2 bulan baru nak start..haha..

Kerja-kerja IRCCarnival pun berjalan lancar setakat ni, harapnya lancar sampai la hari kejadian nanti. Nanti ada presentation night pulak, mesti sibuk habis lepas ni:-(

Kembali ke UTP

Lama jugak rasanya aku tak menulis kat blog ni, bukan sengaja tapi disebabkan kekangan tertentu. Kalau kat hostel, boleh la online 24/7, tapi kalau kat rumah tu susah sikit la. Memandangkan sekarang ni aku tengah buat kerja kat utP ni, boleh la menulis sikit2. Mula-mula tu aku rasa berat jugak nak datang awal sebab cuti kejap je, dah la ada banyak benda yang aku rasa aku perlu selesaikan kat rumah tu, tapi bila dah balik sini, aku rasa bagus jugak, banyak benda yang boleh aku belajar. Dari aku berterusan rasa berat hati, baik aku tumpukan perhatian aku buat kerja, lagi bagus.

Majulah IRC untuk UTP:-)