Usia Antara Masa

Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan
Penuh warna-warna kesamaran
Jika sesat di perjalanan
Sesat penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya
Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan
Kasihmu kepadaNya
Tuhan Yang Satu

Artist: Saujana

Memikul Nafsu

Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.

Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?""Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.

"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
"Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.

Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"

Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi.Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya."
Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


by ikatanpelajarislampoland.ipip

Renungkanlah


Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..

Lagu asal oleh J. Mizan
Dinyanyikan semula oleh Hijjaz.

Hakikat

nice lyric, nice song..
teringat balik zaman sekolah dulu
buat latihan gune lagu ni=)

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...
Allah ya Allah
Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...
Allah ya Allah
Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
Pada Mu ya Rabbi
Yang miliki ciptaan nafsu

kalu nk dgr lagu ni, ad kt youtube or download je kt mediafire

2 year old Baby, What is the capital of israel?

listen to the answers..

Dell Monitor Dell ST2010-BLK


Haha, tajuk entri tu macam nk promote monitor pulak.
Tapi cerita sebenarnye, aku cuma nak menyatakan kepuasan hati je..hehe..setelah hampir setahun bersabar (disebabkan kekangan kewangan) dengan skrin laptop aku yang asyik berkelip tu, aku pun mula la pikir nak selesaikan masalah tu. Mula2 tu, aku ingat nak baiki skrin laptop tu, pergi tanya kat kedai dia cakap nk baiki skrin kelip2 tu kena stanby dalam 450++. Pastu aku terpikir la, kalu aku beli monitor besar pun ok jugak, nak dekat sme je harga dia. Cari punya cari, jumpa la dell monitor ni, harga dia 459 je..haha..Dah tak payah pening2 nak tengok skrin kelip2, sekarang ni nak tengok skrin pun sampai kena toleh kiri kanan (wideskrin la katakan):))


Indonesia Si Abang Yang Sentiasa Gedebe

SEDIH dan kecewa apabila membaca berita mengenai tindakan melampau dan biadap sekumpulan rakyat Indonsia yang mengadakan unjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta bertindak memijak dan melumurkan najis ke atas Jalur Gemilang, bendera negara.

Perbuatan itu meskipun tidak menyakitkan fizikal rakyat dan negara Malaysia tetapi ia cukup menghiriskan hati dan perasaan rakyat negara ini. Ini kerana bendera adalah kehormatan dan maruah sesebuah negara. Apa juga penghinaan dilakukan ke atasnya sesuatu yang sensitif.

Jadi apabila ianya diinjak dan dilumurkan najis samalah, kepala rakyat negara ini diinjak dan disapu tahi. Perbuatan itu sungguh hina dan tidak bertamadun. Membuli kepala orang lain adalah perbuatan yang paling hina dan keji.

Malang sekali, masih ada kelakuan tidak beradat yang berlandaskan emosi semata-mata. Di keadaan hari ini dan apa lagi antara dua buah negara berjiran sepatutnya kejadian itu tidak berlaku. Tetapi kerana kumpulan itu cetek mengenai semangat kejiranan dan lebih bersultan di mata, maka berlakulah perbuatan yang menghinakan itu.

Timbul persoalan apakah kejadian ini menunjukkan Indonesia, negara serumpun dengan Melayu telah melupai asal usul mereka atau pun tidak mempedulikan kepada orang lain. Selalu merasakan diri 'gedebe' dan kuat. Ataupun pemerintahan Indonesia gagal untuk mentertibkan rakyat negara berkenaan?

Indonesia bolehlah dianggap sebagai abang kepada Malaysia. Kalau tarikh kemerdekaan diambil kira untuk mengukur cerdik atau bodoh rakyat sesebuah negara itu, ternyata rakyat Indonesia lebih awal cerdik dari rakyat Malaysia.

Indonesia merdeka awal 12 tahun dari Malaysia. Indonesia merdeka 1945 manakala Malaysia 1957. Sepatutnya kemerdekaan yang diperolehi awal 12 tahun itu Indonesia menjadi negara pembimbing. Dengan pengalaman dan semangat menentang penjajah Indonesia yang ampuh ia bertindak memberi petunjuk dan teladan yang baik kepada si adik. Disepanjang masa sepatutnya rakyat Indonesia memberi tunjuk ajar kepada rakyat Malaysia dan bukannya mempamirkan sikap buruk.

Tetapi malang tampaknya kenyataan itu tidak berlaku. Kemerdekaan yang diperolehi awal itu gagal untuk diraih dan dipergunakan sebaik mungkin oleh segelintir rakyatnya untuk menjadi manusia yang bermaruah tinggi dan tahu menghormati hak orang lain.

Tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu menghina dan mencabar maruah rakyat negara. Kejadian menghina, membakar bendera negara ini juga bukan sekali. Tetapi sudah acap kali. Seolah bagi segelintir rakyat Indoneisa membakar bendera Malaysia satu permainan harian buat mereka.

Nasib baik setiap kali berlaku kejadian seumpama itu rakyat Malaysia tidak 'ikut erel' dan membiarkan saja dengan memendamkan marah. Bukan soal rakyat negara ini takut atau pengecut tetapi tidak mahu melayani perbuatan budak-budak nakal begitu. Bayangkan macam mana jadinya kalau Malaysia 'ikut erel' atau ada sekumpulan orang Malaysia yang juga berperangai begitu? Tentu keadaannya memburukkan lagi

Tindakan kumpulan Bendera itu bukan apa sangat. Puncanya ialah ekoran insiden yang berlaku di perairan Malaysia - Indonesia yang melibatkan penahan nelayan dari Malaysia dan penahan pegawai Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin yang didakwa menceroboh perairan Malaysia. Itu saja. Kalau kumpulan berkenaan waras ia tidak perlu sampai membuat tindakan protes dan main baling-baling tahi kerana kedua-dua pihak telah melepas 'tahanan' masing-masing.

Perkara itu boleh dilupakan begitu saja jika kumpulan berkenaan memiliki semangat kejiranan yang tinggi. Ataupun jalau mereka menyedari bahawa terdapat kira-kira 2 juta rakyat negara itu yang mencari makan dan beranak pinak di sini. Mereka tidak perlu sampai menyerang kedutaan Malaysia dan melumurkan tahi. Jelas perbuatan itu semacam sengaja mahu mengheret rakyat negara ini ikut mengikut rentak mereka. Ianya ada motif tertentu.

Apapun insiden seperti hendaklah tidak akan berlaku di lain kali. Indonesia harus memberi didikan akhlak kepada kumpulan berkenaan. Walaupun ekoran tindakan itu tidak ada balasan dari Malaysia, tetapi Indonesia harus merasa malu kepada dunia seluruhnya. Sedarlah tidak ada rakyat di negara maju yang main baling-baling tahi dan melumurkan bendera negara lain dengan tahi.

Sesungguhanya perbuatan kumpulan Bendera itu bukan satu keberanian tetapi menjelaskan akan keburukan tabiat dan juga perangainya. Apabila najis boleh dijadikan alat permainan atau senjata maka tahulah kita sejauh mana hati budi dan keupayaan seseorang itu. Monahara oh Monahara di mana engkau? [wm.kl. 5:20 am 24/08/10]

http://msomelayu.blogspot.com/

Sebulan persediaan untuk sebelas bulan ujian?

post kat blog pun macam buat status kat pesbok plak..haha

Lyrics: Insha ALLAH


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Baitul Muslim (Rumah Tangga Bahagia)


Hm..terlalu awl rasanya nk bercerita mengenai baitul muslim.. Terutama bg org yg tidak berpengalaman cm saya ni. Tp umur di awal 20-an ni la nk menyelami mengenai baitul muslim. Kalau ditakdirkn Allah, jodoh saya awl x ke kelam kabut dibuatnye..hehe


Tak layak rasanye diri ni nk bercerita panjang lebar, cume saya sedikit terkilan apabila melihat institusi2 rumah tangga yg dibina pada zaman ni. Bermacam2 hal yg berlaku agak membimbangkan diri ni dan mungkin juga semua yg berada di luar sana. Mungkin disebabkn ini jgklah, org semakin takut untuk berkahwin.


Hari2 ada saje berita yg melibatkn rumah tangga, kalau bce metro la.. Dgn isteri yg curang, suami yang curang, anak yg didera, isteri yang digantung xbertali (tinggal tanpa nafkah dan tidak pula dicerai), suami pukul isteri, isteri pukul suami, talak selepas beberapa hari kahwin, ceraikan isteri semasa isteri hamil dan lain2 lagi..


Kalau zaman dulu, rumah tangga kekal sehingga nyawa berpisah dari tubuh, tp zaman serba moden ni, rumah tangga dah kucar kacir.. Anak2 menjadi mangsa, sehingga dibiarkan tanpa asuhan yg betul dr ibu bapa..Anak2 menjadi liar, terlibat dengan masalah sosial kerana kurang kasih sayang.. Aduh..kesian saudara seislam dgn kita ni..Kalau di Palestin, remaja ditembak dan dipukul, mereka syahid menemui syurga Allah.. tapi di negara kita, remaja dibuai dgn keenakan dunia yg sementara, dadah, zina, rempit, kelab malam, arak menjadi teman mereka.


yang mana lg kesian? remaja kita lg kesian kan..terlalu lalai dgn dunia..semuanya bermula dgn baitul muslim.. Bermula dgn menjadi remaja yg soleh dan solehah, berilmu, bejiwa kental, berakhlak, berfikiran kreatif, tidak membuang masa dan yang paling penting memantapkan ilmu agama dan hanya bergantung harap kepada Allah s.w.t..


kemudian, berlaku pemilihan calon suami dan isteri yg seperti dinyatakan di atas, pernikahan antara dua insan yg hanya mengharapkan redha dr Allah s.w.t.. Tidak berlaku sebarang kucar kacir dalam rumah tangga, kerana masing2 percaya dgn terikatnya mereka dgn tali ijab dan qabul ni, mereka mempunyai tanggungjawab masing2 yg perlu dilaksanakan.. tanggungjawab yang perlu ditanggung di dunia dan dijawab di akhirat jika mereka melanggarnya.


cukup saja dgn perkara tersebut, mereka melahirkan individu yg berkualiti, berkualiti untuk agama, bangsa dan negara. Kesimpulannya, Allah sudah menyediakan garis panduan yg baik, untuk seseorang individu memilih calon isteri dan calon suami, Allah juga telah menetapkan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang isteri dan seorang suami serta Allah juga telah menyediakan contoh yang terbaik untuk kita contohi iaitu Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..Allahuakbar2x..Sesungguhnya Allah telah menyediakan yang terbaik untuk kita.


Jadi, fikirlah masak2 sebelum membuat sesuatu keputusan, ikutlah garis panduan yang telah Allah tetapkan. Jangan sesekali kita melanggarnya kerana akhirnya kita yang menerima padahnya..Semoga rumah tangga yang dibina diredhai Allah di dunia dan di akhirat.