Kenali tokoh: Khalid Ibni Al-Walid

Khalid Ibni Al-Walid (592-642) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan juga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Uthman Bin Affan. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan tentera Byzantine dan parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalib Ibni Al-Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu masa menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiah, Khalid memeluk islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman Nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu’tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik panglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentere Byzantine Rom.

0 comments: