Muhyiddin yang dah tak waras agaknya….

Inilah antara langkah tak masuk akal yang pernimpin UMNO suka sangat buat. Sampai nak sekat pelajar dari belajar sebab apa? Biarlah pelajar nak ambil banyak mana subjek untuk SPM yang si Muhyiddin ni susah hati apa pasal?

Jadi TPM dan Menteri Pelajaran tapi berfikir jauh ke belakang macam orang tiada pelajaran. Orang yang nak belajar pun nak sekat.

Sebab Madihah tu anak orang PAS tu yang orang UMNO dengki semacam.

Sepatutnya Muhyiddin kena pergi ajar Mat Rempit supaya jadi baik bukannya ajar pelajar yang baik jadi Mat Rempit.

Selama ni pelajar yang cemerlang macam adik Nik Nur Madihah banyak berusaha sendiri dengan sedikit sebanyak bantuan dan sokongan dari guru. Guru Madihah pun tak merungut malah sukacita membantu. Tiba-tiba si Muhyiddin pulak nak merungut. Engkau apahal Muhyiddin? Lupa makan ubat ke?


SPM: Maksimum 10 Subjek
May 28, 09 2:18pm
Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.

Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru, malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

“Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara dari sudut lain dan ini dilihat dari segi keputusan peperiksaan,” katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

“Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan.

“Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik dari segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju,” kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lalu untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, tetapi masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

0 comments: