Gerhana, tingkatkan ibadat



Gerhana;

Menurut Angkasa (National Space Agency) kejadian gerhana bulan yang berlaku pada hari isnin (feb 9, 09) merupakan gerhana bulan penumbra. Kejadian ini dapat dilihat mulai jam 8.39 hingga 12.38 tengah malam.

Cuba kita lihat kejadian ini dari kacamata islam. Umat islam digalakkan mengadakan solat gerhana sambil memohon petunjuk ketika melihat kebesaran Allah yang satu ini. Kesempatan ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana perkara ini bukan sesuatu yang kerap berlaku.


Hukum solat gerhana;

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana.  Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya.  Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana.  Andaikata diramalkan berlaku gerhana pada tarikh sekian di negeri A, tetapi gerhana tidak berlaku di negeri B, maka umat islam di negeri B tidak disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana-walaupun boleh dilihat melalui televisyen;-)


Kisah terdahulu;

Pada zaman Rasulullah s.a.w, kebetulan berlaku gerhana ketika kematian anak lelakinya Ibrahim dan umat Islam mendakwa matahari ikut bersedih dengan peristiwa itu. Maka, Rasulullah s.a.w menolak pandangan itu lalu menggantikannya dengan solat gerhana dengan ber sabda bahawa hal itu tiada kene mengena dengan kelahiran dan kematian seseorang.

Hadis riwayat imam muslim yang bermaksud;

                “sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan kejadian gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah.”

Untuk maklumat lanjut, boleh layari;

http://www.angkasa.gov.my/

0 comments: