Blog?

          Blog merupakan ringkasan daripada perkataan web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi perkara-perkara yang ingin dikongsi -kalu tak nak kongsi buat ape tulis kan? Selalunya orang letak pendapat peribadi, cetusan rasa, perkongsian maklumat, atau apa-apa je. Pastu bergantung kepada si pemilik samada nak update setiap hari ke, seminggu sekali ke. Ada jugak yg buat sehari pastu biar camtu je.

  Blog ni lebih kurang macam web jugak tapi lainnya blog ni, tulisan-tulisan baru yang dimasukkan akan berada diatas, yang lama tu akan turun ke bawah. Orang putih panggil Reverse Chronical Order. Kalau web tu tahu-tahu je la kan. Susunan ikut selera pemilik dia la.

  Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Seperkara yang menarik mengenai blog, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan.

0 comments: